SEOUL, 7 Ogos – Korea Utara hari ini telah membebaskan seorang tahanan Korea Selatan yang ditangkap selepas menyeberangi sempadan bulan lalu, menurut kementerian penyatuan Seoul, menyambut baik langkah ‘kemanusiaan’ itu. Korea Utara memberitahu Seoul kelmarin mengenai keputusannya untuk melepaskan seorang lelaki, yang ditahan akibat menyeberang ke negara itu pada 22 Julai lalu, menurut kementerian tersebut