Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pyongyang tuduh Washington tidak adil

    NEW YORK, 29 Jun – Korea Utara menuduh Washington mengenakan syarat ‘tidak adil’ terhadap tawaran untuk mengadakan rundingan berhubung program ketenteraan Pyongyang pada persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

    Timbalan Duta Besarnya, Kim In-ryong berkata, adalah ‘salah perhitungan’ jika negara anggota PBB menganggap sekatan baharu itu bakal menghalang Pyongyang daripada meneruskan pembangunan tenaga nuklearnya.

    “Tindakan mereka yang sama dan kurang bijak adalah bercanggah dengan apa yang mereka mahukan.

    “Amerika Syarikat hanya terus memperkatakan mengenai ‘dialog’ hingga saat ini ketika sekatan sudah berkuat kuasa,” kata In-Ryong pada sesi debat yang dipengerusikan negara Bolivia, iaitu presiden bagi Majlis Keselamatan bulan ini.

    Katanya, tidak masuk akal untuk mengadakan dialog sedangkan pada masa sama menyertakan syarat yang tidak adil dan mengenakan tekanan maksimum.

    Malah, beliau menyelar kesediaan Washington untuk mengadakan rundingan dengan syarat Korea Utara menghentikan ujian peluru berpandu dan nuklearnya.

    Baru-baru ini, Majlis Keselamatan menyenarai hitam 14 rakyat Korea Utara dan empat entiti, selain menghalang mereka daripada melakukan perjalanan di seluruh dunia dan membekukan aset milik individu terbabit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda