Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Q-Carrier anjur Makan Malam Tahunan 2020

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Q-Carrier (B) Sdn Bhd, sebahagian daripada Carrier, malam tadi telah menganjurkan acara Makan Malam Tahunan Carrier 2020 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Pada majlis itu, syarikat berkenaan melancarkan OptiClean yang dijangka akan dapat diperolehi dalam pasaran Brunei dari awal Januari 2021.

    OptiClean Dual-Mode Air Scrubber dan Negative Air Machine telah dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 Penemuan Terbaik TIME tahun 2020. OptiClean dikembangkan melalui inovasi pesat pada awal 2020 untuk membantu menyokong bilik pengasingan berjangkit di hospital-hospital.

    Majlis tersebut dihadiri oleh pelanggan-pelanggan Q-Carrier (B) serta para pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan. Majlis telah didahului dengan ucapan alu-aluan Pengurus Carrier Singapura dan Brunei, Siva Prasad melalui video yang dirakamkan lebih awal.

    Beliau antara lain menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang terlibat termasuk pelanggan-pelanggan dan kakitangan di Brunei atas titik peluh dan usaha mereka di sepanjang 2020.

    Turut menyampaikan ucapan alu-aluan melalui video ialah Pengarah Urusan Carrier SMB Region, Chong Wai Yen.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian beberapa anugerah kepada para pelanggan Carrier termasuk tujuh Anugerah Top Dealers, enam Anugerah Top Retail, dan satu Anugerah Totaline.

    Q-Carrier dalam kenyataan yang dikeluarkan mengongsikan bahawa TIME menampilkan OptiClean dalam kategori Penjagaan Perubatan daripada senarai tahunan berprestij yang mengiktiraf 100 penemuan canggih yang menjadikan dunia lebih baik dan lebih pintar.

    Pada permulaan pandemik, Carrier mencipta OptiClean sebagai mesin udara negatif untuk hospital yang merawat pesakit COVID-19 bagi membantu hospital melindungi penjaga (caregivers), pekerja dan pesakit.

    Salah seorang penerima anugerah semasa acara Makan Malam Tahunan Carrier 2020.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda