Sunday, March 30, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qadejah tak kisah dilabel sebagai Aliff Syukri 2.0

    Penyanyi lagu Raya Gen Z, Qadejah Aliff Syukri, 15, mengakui sudah dididik cara berinteraksi dengan kamera dan media sejak kecil.

    Qadejah yang juga anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, ia membuatkan dia sentiasa yakin dan bersedia setiap kali berhadapan dengan media.

    “Saya rasa teruja. Walaupun saya yakin dengan diri saya, tapi apabila orang puji ada rasa malu sikit.

    “Dari dulu memang saya dah didedahkan dengan YouTube dan media sosial. Saya memang dah dilatih,” katanya menurut Harian Metro.

    Qadejah berkata, bapanya memberikan beberapa tip cara berinteraksi dengan media.

    “Apabila berjumpa dengan media, abah memang dah ajar dari awal. Kena cakap benda yang betul, tapi dengan cara yang beradab.

    “Dia cakap, kalau jawab soalan pun jangan ‘delay’ sangat. Cikgu-cikgu saya pun tahu saya suka bercakap,” katanya.

    Dilabel sebagai Aliff Syukri 2.0, Qadejah menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

    “Saya okey sahaja apabila dilabel sebagai Aliff Syukri 2.0,” katanya. – Agensi

    Qadejah sudah dididik cara berinteraksi dengan kamera dan media sejak kecil. – Hijabista
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda