Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto adakan kempen derma

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dalam usaha memberikan harapan dan sokongan kepada orang yang kurang bernasib baik, QAF Auto telah mengadakan kempen BMW Ramadhan Charity Drive dengan tema Joy of Giving Together sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri.

    Sebanyak 10 buah keluarga dari Kampung Jerudong, Kampung Parit, Kampung Madang dan Kampung Sengkurong yang memerlukan bantuan telah menerima derma daripada kempen tersebut untuk meringankan bebanan mereka pada Ramadan dan Syawal.

    “Kami sangat teruja mengadakan kempen amal ini dan telah menjemput semua untuk menyertai kami dalam menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya,” kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    “Dengan kerjasama ini, kita mampu melakukan perubahan dan menggembirakan seseorang pada bulan mulia ini,” tambahnya.

    Kempen diadakan pada Ramadan lalu telah disertai beberapa pelanggan tetap dan kakitangan QAF Auto yang menyumbangkan keperluan asasi seperti makanan dan wang.

    Penerimaan sumbangan ditetapkan di lobi bilik pameran QAF Auto yang dibukakan setiap Isnin sehingga Sabtu.

    Kempen amal itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BMW Brunei untuk kembali menyumbang kepada masyarakat dan berharap ia membawa impak yang bermakna kepada orang yang memerlukan. QAF Auto turut melahirkan penghargaan kepada pelanggan dan kakitangan atas sumbangan serta sokongan mereka dalam kempen tersebut.

    Alisa Khoo bergambar ramai semasa mengagihkan derma di rumah salah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda