Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – QAF Auto mengadakan acara BMW M Joyfest selama dua hari bermula hari ni hingga esok (23 November) dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Pameran QAF Auto.
Acara eksklusif berkenaan meraikan prestasi dan kejuruteraan lagenda barisan kenderaan BMW M dan M Performance, menawarkan peluang kepada para penggemar untuk mengalami keriangan pemanduan kenderaan yang dibuat dengan ketepatan terperinci.
Para tetamu boleh menikmati ansuran percuma tiga bulan, servis BMW tiga tahun inklusif dan waranti lanjutan BMW tiga tahun serta Logo Ulang tahun M 50 tahun dan M Wheel Hub Caps dengan setiap pembelian.
Para pengunjung juga berpeluang untuk melakukan pandu uji model BMW M terpilih semasa acara berkenaan dan menerima hadiah BMW eksklusif.
Sebagai sebahagian daripada perayaan QAF Auto Joyfest 2024, setiap pembelian model BMW M akan dimasukkan ke dalam cabutan di mana pemenang bertuah boleh memenangi baucar membeli–belah bernilai sehingga $10,000.