Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto BMW Grand Festival meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – QAF Auto BMW Grand Festival 2025 yang berlangsung kelmarin dengan menjanjikan pengalaman pemanduan dan hiburan yang mengujakan buat peminat automotif dan keluarga telah melabuhkan tirainya hari ini.

    Acara anjuran QAF Auto pengimport tunggal kenderaan BMW dan MINI di Brunei Darussalam, itu berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang, menampilkan barisan terkini daripada jenama BMW dan MINI, termasuk pelancaran model yang dinanti-nantikan iaitu BMW 318i Touring serba baharu dan MINI Aceman elektrik sepenuhnya.

    Menurut Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo, “Kami amat teruja mengadakan acara luar biasa ini kepada masyarakat. Festival ini merupakan satu perayaan terhadap inovasi automotif, prestasi dan kegembiraan dalam setiap pemanduan. Terdapat pelbagai aktiviti dan tawaran yang memikat setiap pengunjung.”

    Antara tarikan utama termasuk peluang uji pandu model terkini BMW dan MINI, diskaun sehingga 40 peratus bagi barangan gaya hidup BMW dan MINI, serta sehingga 60 peratus diskaun barangan gaya hidup dan aksesori BMW Motorrad.

    Turut diadakan ialah klinik servis percuma untuk kenderaan BMW dan MINI, pelbagai permainan dan aktiviti dengan hadiah menarik serta tawaran istimewa termasuk BMW G310R percuma bagi pembelian terpilih BMW 7 Series atau X5.

    Acara itu turut dimeriahkan dengan gerai makanan, hiburan mesra keluarga, menjadikannya salah satu acara hujung minggu yang mendapat sambutan ramai.

    Orang ramai yang datang berkunjung ke festival berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda