Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto hargai 70 ibu tunggal

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dalam memberikan sokongan dan penghargaan kepada ibu tunggal di negara ini, QAF Auto telah mengadakan Kempen CSR Ramadan yang didedikasikan untuk menyokong Persatuan Gerakan Ibu Tunggal pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran BMW, kelmarin.

    Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo dipetik berkata, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial dan kebajikan masyarakat, QAF Auto telah menjemput 70 orang ibu tunggal daripada persatuan berkenaan.

    “Kami sangat-sangat menghargai cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam komuniti kami terutama pada bulan Ramadan.

    “Matlamat kami bagi majlis seumpama ini adalah untuk menyuarakan penghargaan kami atas kerja keras dan dedikasi mereka sambil turut menyokong perniagaan tempatan dalam semangat perpaduan,” tambah beliau.

    Bagi majlis itu, beberapa buah syarikat iaitu Syarikat Sin Guan Brothers, Syarikat Leah Jaya, Zahara Charity Foundation, Syarikat Alia Sdn Bhd, Cataleya Trading Company, Supa Save dari Ben Foods Sdn Bhd, Kingston Brunei, dan Berjaya Fast Track Sdn Bhd turut bermurah hati menghulurkan sokongan dengan menyediakan hadiah untuk ibu-ibu tunggal.

    Pengurus Perhubungan Pelanggan QAF Auto, Dawn Jamolin Hurtado dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam sama-sama menjayakan acara berkenaan dan bermurah hati memberikan sedikit sebanyak sumbangan untuk meringankan lagi bebanan mereka pada bulan Ramadan.

    Acara berkenaan bukan sahaja menyerlahkan kepentingan tanggungjawab sosial korporat tetapi juga menekankan kepentingan sokongan dan kerjasama komuniti dalam mewujudkan suasana yang lebih inklusif dan berbelas kasihan.

    Majlis berkenaan juga diserikan dengan penyampaian sumbangan dan berbuka puasa.

    Alisa Khoo bergambar ramai semasa Kempen CSR Ramadan anjuran QAF Auto. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda