Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto lancar BMW XM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – QAF Auto telah melancarkan barisan baharu kenderaan BMW iaitu BMW XM pada majlis yang berlangsung di kediaman Bank Standard Chartered (StanChart), Jalan Kota Batu, kelmarin.

    Hadir melancarkan BMW XM ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau dan Pengurus Besar Qaf Auto, Alisa Khoo.

    Menurut Alisa Khoo, BMW XM membuat kenyataan kukuh dari saat melihatnya, ia adalah lambang kemewahan dan prestasi yang menakjubkan.

    “Ia direka untuk mereka yang berani, ekspresif dan inginkan yang terbaik dalam kecemerlangan dan kemewahan. SUV ini menandakan era baharu dari segi teknologi pemanduan dan pengalaman pemanduan untuk mengagumkan semua BMW peminat M,” katanya.

    BMW XM dikuasakan enjin 4.4 liter V8 turbo berkembar yang mampu menjana 483hp dan tork 650Nm yang disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

    Digandingkan dengan motor elektrik yang terletak dalam transmisi, kuasa keseluruhan mampu mencecah 653hp @ 5,400 rpm dan tork 800Nm yang masuk penuh antara 1,600 hingga 5,000rpm.

    Pek bateri pula berkapasiti 25.7kWh yang membolehkan SUV berkenaan bergerak tanpa mengeluarkan emisi untuk jarak yang dekat, sekitar 50km sahaja.

    Secara standard, BMW XM hadir dengan sistem pacuan semua roda, namun pengagihan tork boleh dilebihkan kepada gandar belakang apabila mod 4WD Sport diaktifkan, dibantu dengan differential M Sport, penstabilan olengan aktif, dan sistem stereng roda belakang yang merupakan ciri pertama untuk BMW M.

    Albert Lau, Alisa Khoo dan Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim bersama kenderaan BMW XM yang dilancarkan pada majlis tersebut. – Gambar serahan Qaf Auto
    Albert Lau dan Pengiran Aki Ismasufian melihat lebih dekat ruang dalam BMW XM. – Gambar serahan Qaf Auto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda