Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto meriahkan penghujung Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Brunei juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bilik Pameran BMW, Beribi, hari ini.

    Hadir mengalu-alukan jemputan yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi dan pelanggan tetap ialah Pengurus Besar Qaf Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo.

    Pada majlis berkenaan, para pengunjung disajikan pelbagai hidangan di samping melihat lebih dekat model-model terkini yang ada di bilik pameran tersebut serta merakamkan gambar kenangan di pondok foto.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan memperkenalkan varian BMW 318i M Sport baharu.

    BMW 318i baharu itu dilengkapi unit petrol empat silinder dengan perongga ekzos disepadukan ke dalam kepala silinder dan sistem pengecas turbo yang dinaik taraf untuk mengoptimumkan penghantaran kuasa.

    Ia mempunyai output 156hp dan dipadankan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan sebagai standard.

    Untuk mengetahui lebih lanjut, pelanggan bolehlah me-ngunjungi bilik pameran Qaf Auto Sdn Bhd di Perindustrian Beribi II.

    Alisa Khoo, Daniel Loo dan Salwa Mustapha bergambar di samping BMW 318i M Sport baharu yang turut diperkenalkan pada majlis itu.
    Ruang dalaman BMW 318i M Sport yang diperkenalkan pada majlis berkenaan.
    Para jemputan disajikan dengan pelbagai hidangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda