Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan MINI, mulai hari ini, mengadakan Jerayawara MINI yang berlangsung selama tiga hari di The Mall, Gadong.
Melalui jerayawara berkenaan, orang ramai berpeluang melihat lebih dekat lagi beberapa model terkini MINI termasuk pelbagai model Cooper S MINI tiga pintu dan lima pintu serta MINI Cabriolet.
Selain itu, pelbagai tawaran istimewa turut diberikan kepada para pelanggan yang membuat pembelian kenderaan sepanjang jerayawara berkenaan berlangsung antaranya Pakej MINI Service Inclusive selama lima tahun atau bagi 100,000km pertama, insurans perlindungan percuma dan tawaran tukar beli yang menarik selain promosi kadar faedah istimewa.
Di samping itu, para pembeli juga berpeluang untuk memenangi lawatan ke MINI Plant Oxford di United Kingdom bagi merasakan sendiri sejarah MINI dan khazanah berharga mengenainya.
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan bagi mengunjungi jerayawara yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.
