Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Auto perkenal aplikasi ISPA

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd telah memperkenalkan khidmat perundingan servis kelas pertama untuk servis premium bagi jenama BMW dan MINI.

    Sistem perundingan servis menggunakan Aplikasi Proses Servis Bersepadu (ISPA) BMW itu direka untuk membantu proses servis BMW dengan memberikan pengalaman terbaik dan kemudahan dalam penjagaan kereta pelanggan.

    Aplikasi tersebut bukan saja mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan yang ingin membuat penyelenggaraan kereta mereka, ia dapat memberikan maklumat-maklumat penting mengenai alat-alat ganti, jangka masa penyelenggaraan dan harga secara spontan.

    Ketua Perkhidmatan Lepas Jualan, Pengiran Shahrulzaman bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, biasanya pelanggan harus menunggu lama untuk menjalankan proses servis, ini disebabkan menggunakan checklist manual, terpaksa memeriksa kereta tersebut secara terperinci dan menulisnya ke dalam kertas mengenai maklumat kereta berkenaan.

    Pihak teknikal BMW mengimbas kunci kereta pelanggan menggunakan Smart Key Reader.
    Juruteknik BMW mengesan dan melihat sejarah kereta pemilik menggunakan aplikasi ISPA.

    Kini, dengan hanya mengimbas kunci kereta pelanggan sama ada jenama BMW atau MINI, aplikasi ISPA akan terus mengeluarkan maklumat kereta melalui Smart Key Reader ke dalam iPad.

    Data-data yang dikeluarkan termasuk sejarah, keadaan pad brek, perjalanan, keadaan minyak pelincir dan alat penapis serta amaran awal mengenai penukaran alat ganti kereta.

    “Kami berbangga dengan teknologi canggih ISPA sebagai teknologi pertama diperkenalkan di Brunei Darussalam, servis melalui ISPA ini akan memberi perkhidmatan yang cepat, teratur dan telus serta memberi masa terbaik untuk pelanggan.

    “Jika pelanggan tidak dapat membawa kereta mereka ke Pusat Servis BMW, Syarikat QAF Auto juga menyediakan perkhidmatan ISPA secara bergerak dengan perkhidmatan yang sama,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda