Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Pengedar tunggal BMW Brunei, QAF Auto Sdn Bhd semalam memeriahkan Lebaran dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan korporat dan pelanggannya.
Pejabat Terbuka BMW itu dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Duta Besar Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yang Jian; Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei Sdn Bhd, Albert Lau; Pengurus Besar QAF Auto, Sivakumar Krishnan dan Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting.
Selain menikmati pelbagai juadah, para jemputan turut berpeluang menyaksikan model-model terbaharu BMW yang dipamerkan.
Majlis itu juga bertujuan mengeratkan lagi ikatan silaturahim, terutamanya dalam kalangan rakan-rakan korporat dan pelanggan setia BMW.

