QAF Auto selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Brunei Darussalam, kini meraikan ulang tahun jubli perak mereka.
Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo merakamkan setinggi-tinggi pengha-rgaan dan terima kasih kepada semua pelanggan atas kesetiaan dalam jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan selama ini.
“Pelanggan kami adalah tulang belakang organisasi kami. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan kami menerusi semua interaksi pelanggan dan sepanjang perjalanan mereka sebagai pelanggan.
“Ini semua tentang membina hubu-ngan rapat dengan semua pelanggan kami. Dan tidak lupa kepada semua pekerja kami yang memajukan syarikat ini ke arah kejayaan kami,” tambahnya lagi.
Beliau berkata syarikat komited dan berdedikasi terhadap para pelanggan justeru syarikat akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik.
QAF Auto telah mengubahsuai bilik pameran baru-baru ini yang meliputi 33,680 kaki persegi dengan memiliki 14 ruang pameran dan 31 ruang servis, dan turut menawarkan perkhidmatan jualan dan lepas jualan untuk kedua-dua jenama BMW dan MINI.
Menurut Pengurus Pemasaran jenama BMW di Brunei, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa, mereka mempunyai banyak perkara menarik yang dirancang pada tahun hadapan dengan pengenalan model baharu dan juga acara menarik yang akan diberi perhatian sebagai sebahagian daripada meningkatkan pengalaman pelanggan dan proses pemilikan.
BMW sentiasa mendahului pasaran dari segi ketersediaan model terkini. Orang ramai dan pelanggan pasti akan melihat beberapa lagi model baharu tahun depan yang akan menambahkan lagi keterujaan kepada rangkaian BMW.
Kerja Komuniti
Alisa Khoo berkata QAF Auto mahu meraikan ulang tahunnya dengan sumbangan kepada masyarakat.
“Kami telah menjadi sebahagian daripada komuniti sejak 1996 dan bagi ulang tahun ke-25 ini, kami mahu menyokong komuniti bersama-sama pelanggan kami. Kami memutuskan untuk memilih MKM untuk membantu dan menyokong mereka meneruskan kerja murni yang tak ternilai,” tambahnya.
Jualan
QAF Auto memberi jaminan kepada semua pelanggan bagi setiap kenderaan yang dibeli daripada QAF Auto turut disertakan dengan BMW Roadside Assistance selama tiga tahun yang meliputi Sabah dan Sarawak yang mana merupakan sesuatu yang tidak semua pengedar kereta tawarkan di pasaran.
Pengiran Mohammad Ariffin bin Pengiran Abidin selaku eksekutif Bahagian Kanan QAF Auto, menyatakan Bahagian Alat Ganti di QAF Auto mengekalkan inventori ekstensif peralatan dan aksesori BMW tulen.
Bersempena dengan ulang tahun ke-25, QAF Auto memperkenalkan BMW Value Service di mana pelanggan boleh menikmati harga yang menarik dan merangkumi semua perkhidmatan penyelenggaraan secara eksklusif untuk semua kenderaan lima tahun ke atas.
Ulasan warga BMW
“Masa depan adalah milik mereka yang cukup berani untuk meneroka sesuatu yang tidak diketahui. Selamat Ulang Tahun ke-25 kepada QAF Auto, BMW Brunei,” ujar Alisa Khoo.
Sementara itu, Ketua Bahagian Lepas Jualan, Leonard Yeoh turut menyatakan keterujaannya menjadi sebahagian daripada QAF Auto, BMW Brunei sejak beliau mula menyertai pasukan BMW pada tahun 2007.
“Misi kami adalah untuk memberikan perkhidmatan lepas jualan yang cukup menggembirakan hati semua pelanggan kami – BMW, MINI dan Motorrad,” tambah Leonard.
Manakala Pengurus Jualan, Vince Soon turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 QAF Auto.
“Selamat Ulang Tahun ke-25 QAF Auto. Saya sangat gembira dapat menyaksikan banyak kisah kejayaan dalam syarikat sejak saya menyertai lebih sedekad yang lalu. Saya akan terus menyumbang kepada kemajuan syarikat dan berhasrat untuk menjadi yang terbaik dalam pasaran,” jelas beliau.
Sementara itu, Pengurus Khidmat Pelanggan, Jun Philip Recto Yap turut berbesar hati dapat melalui pengalaman bekerja bersama-sama rakan sekerja.
“Walaupun melalui masa yang sukar, QAF Auto tetap kuat dan penuh belas kasihan terhadap pekerja dan pelanggannya yang cukup dihargai. Saya doakan QAF Auto lebih berjaya pada tahun-tahun akan datang, Selamat Ulang Tahun ke-25!,” jelas Jun Philip Recto Yap.
Dayang Siti Salwa pula turut mengongsikan pengalamannya setelah bekerja di QAF Auto sejak tahun 2011.
“Amat luar biasa setelah bekerja bagi jenama terkenal ini selama lebih dari satu dekad.
Persekitaran kerja dan budaya BMW sentiasa sangat pantas. Sama seperti kereta BMW.
Saya sangat gembira diberi peluang untuk bekerja di sini, berkembang dan maju dengan jenama baharu,” tambahnya.
Dayang Siti Nadzirah Haji Johari selaku eksekutif pentadbiran QAF Auto yang telah berkhidmat dengan syarikat tersebut sejak tahun 2015 mengongsikan yang kejayaan itu memerlukan kerja keras dan kerja berpasukan.
“Ia satu pencapaian yang hebat apabila saya bekerja sebagai pasukan perkhidmatan pelanggan. Terima kasih untuk 25 tahun kebahagiaan, selamat ulang tahun QAF Auto!” jelasnya.
Awang Ishak Haji Abang selaku pengurus Bahagian Badan and Cat menjelaskan beliau merupakan salah seorang kakitangan perintis QAF Auto dan gembira kerana masih berada di sana selepas 25 tahun.
“Syarikat menjadi lebih baik dalam pelbagai cara berbanding 10 tahun yang lalu dan saya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan bersama syarikat dengan memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Selamat Ulang Tahun ke-25 QAF Auto dan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka,” jelasnya.
Penasihat Perkhidmatan Pelanggan Puvan yang telah berkhidmat dengan syarikat sejak April 2014, mengongsikan berdepan banyak cabaran sejak lapan tahun kerjaya di syarikat itu namun dengan kerja keras, dedikasi dan disiplin, dia berjaya mengatasinya dan mendapat manfaat daripada pengalaman itu.
“Saya berharap dan mendoakan kejayaan syarikat seterusnya pada tahun-tahun akan datang. Selamat Ulang Tahun ke-25 QAF Auto,” katanya.
Ucapan selamat ulang tahun QAF Auto turut diucapkan oleh Wong Jau Liaun, selaku pelatih teknikal dan penyokong teknikal.
“Saya sangat gembira dapat menyaksikan banyak kisah kejayaan dalam syarikat sejak saya menyertai lebih sedekad yang lalu. Saya akan terus menyumbang kepada kebaikan syarikat dan berhasrat untuk menjadi yang terbaik dalam pasaran,” tambah Wong Jau Liaun.