Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Sempena hari ulang tahun penubuhannya yang ke-25, QAF Auto selaku pengedar tunggal jenama BMW di Brunei membukakan bilik pamerannya dengan promosi-promosi menarik bagi barisan model BMW terpilih bermula hari ini hingga Ahad.
Antara barisan model BMW yang dipromosikan adalah BMW 1, 2 dan 3 series.
Bilik pameran terbuka berkenaan dibukakan kepada semua pelanggan tetap dan orang ramai yang berminat dengan model-model yang dipromosikan.
Sempena bilik pameran terbuka itu, QAF Auto juga mengalu-alukan pelanggan untuk membuat uji pandu dan mendapatkan hadiah eksklusif BMW dan mendapatkan hadiah sagu hati apabila mendaftar pada minggu ini.
Untuk masa terhad, pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun khas 50 peratus diskaun untuk aksesori dan pakaian daripada koleksi BMW Lifestyle.
