Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC), QAF Auto turut mengadakan majlis rumah terbuka di Bilik Pameran BMW, Beribi.
Pada majlis tersebut, pihak pengurusan QAF Auto dan kakitangan turut mengadakan upacara menggaul Yee Sang sebelum menikmati juadah makanan dan minuman yang disediakan di ruang bilik pameran BMW tersebut.
Majlis berkenaan turut diselajurkan dengan pelancaran kenderaan ter-baharu BMW iaitu BMW 1 Series yang tampil lebih premium dan bergaya sama ada pada rekaan dalaman dan bahagian luaran.
Para pengunjung semasa majlis tersebut turut berpeluang menyaksikan lebih dekat dan langsung kenderaan terbaharu tersebut.
Acara rumah terbuka sempena TBC QAF Auto yang diadakan selama dua hari tersebut bermula pada jam 10 pagi hingga jam 4 petang turut menyediakan pelbagai aktiviti dan permainan seperti kaligrafi Cina, mereka biskut dan mengukir lukisan.
