Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    QAF Prestige lancar Porsche 911 Carrera T

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Porsche Brunei yang diwakili oleh QAF Prestige Sdn Bhd telah melancarkan Porsche 911 Carrera T bagi para penggemar kereta sport Porsche dan kini boleh disaksikan oleh orang ramai di Pusat Porsche Brunei bermula 29 Februari lalu.

    “911 Carrera T adalah komitmen kepada ketulenan dan menjanjikan lebih keseronokan dalam pemanduan,” jelas Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva.

    Beliau juga menyatakan, dengan memperkenalkan kereta sport berkenaan, mereka ingin menunjukkan bahawa 911 Carrera T bukan sahaja mengetengahkan prestasi yang menakjubkan tetapi juga meraikan semangat keterujaan untuk memandunya.

    Porsche 911 Carrera T menawarkan pengalaman pemanduan yang sebenar, dilengkapi dengan peralatan sport bagi memastikan para pemandu menikmati pemanduan yang selesa.

    Ia dilengkapi PASM sports suspension serta mengetengahkan enjin biturbo dengan 283 kW (385 PS) dan 450 newton metres (Nm)torque yang berkemampuan untuk memecut dari sifar kepada 100kmsj dalam 4.5 saat.

    Kereta baharu berkenaan menawarkan reka bentuk dan ruangan dalaman yang menawan dan selesa, rekaan luaran yang tampak menarik dan gah serta sesuai bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman pemanduan yang sebenar.

    Lahiru De Silva bergambar bersama Porsche 911 Carrera T yang baru dilancarkan. – GAMBAR SERAHAN PORSCHE BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda