Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qantas kembali catat keuntungan

    SYDNEY, 23 FEB – Syarikat penerbangan Australia, Qantas kembali mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak AS$978 juta hari ini sejak pandemik koronavirus meletus tiga tahun lalu.

    Keputusan separuh tahun kedua untuk enam bulan sehingga Disember memenuhi ramalan syarikat penerbangan iaitu pemerolehan keuntungan di antara AS$923 juta dan AS$991 juta.

    Keuntungan bersih untuk enam bulan mencecah AS$684 juta, berbanding kerugian bersih AS$312 juta setahun sebelumnya.

    Australia mempunyai beberapa sekatan paling ketat perjalanan antarabangsa dan domestik semasa pandemik, yang menjejas teruk syarikat penerbangan yang berpangkalan di Sydney itu. Sekatan perjalanan pandemik terakhir Australia dibatalkan setahun lalu.

    Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata syarikat telah merancang untuk mencatat pemulihan segera dalam keuntungan.

    “Apabila kami menyusun semula perniagaan pada awal COVID, ia adalah untuk memastikan kami mampu pulih segera apabila perjalanan dilancar semula,” kata Joyce.

    Pemulihan dalam permintaan perjalanan udara mendorong Qantas memperoleh pendapatan berjumlah AS$6.8 bilion, lebih tiga kali ganda daripada tempoh yang sama setahun sebelumnya.

    “Sementara kadar faedah dan inflasi dijangka menjejas perbelanjaan, kami masih belum melihat ia berlaku,” kata beliau pada taklimat media.

    “Sebenarnya, penyelidikan menunjukkan perjalanan adalah satu sektor yang akan diutamakan orang dalam tempoh 12 bulan akan datang,” tambah beliau. – AP

    Jet penumpang Qantas mendarat di Lapangan Terbang Sydney di Sydney pada 5 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda