Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qantas rancang tubuh akademi juruterbang

    SYDNEY, 22 Feb – Syarikat penerbangan Qantas mencatatkan kenaikan sebanyak 17.9 peratus dalam keuntungan bersih interim hari ini dan mengumumkan pembelian semula saham, sementara mendedahkan rancangannya untuk menubuhkan salah sebuah akademi juruterbang yang terbesar di hemisfera selatan.

    Hasil keputusan syarikat penerbangan Australia itu mencatatkan sejumlah Aus$607 juta yang disertai oleh prestasi yang kukuh daripada cawangan domestiknya yang menambahkan keuntungan.

    Keuntungan sebelum cukai, yang menjadi pengukur pilihan, menghapuskan kos sekali gus yang tertinggi dalam sejarah pada Aus$976 juta dalam tempoh enam bulan sehingga 31 Disember.

    sementara itu, pasaran mengalu-alukan hasil keputusan tersebut dengan saham Qantas berakhir pada 5.88 peratus lebih tinggi pada Aus$5.58.

    Keputusan itu didedahkan di sebalik kempen kecekapan agresif yang termasuk lebihan yang besar, satu peralihan dari haluan yang merugikan dan persaraan pesawat udara, di tengah-tengah kos minyak yang meningkat.

    Gambar fail menunjukkan pesawat Qantas Airbus A380 berlepas dari sebuah lapangan terbang di Sydney. Syarikat itu telah mencatatkan peningkatan sebanyak 17.9 peratus dalam keuntungan bersih interim dan mengumumkan pembelian semula saham. – AFP

    “Kami memenuhi atau melebihi kesemua sasaran rangka kerja kewangan kami.

    “Kedudukan hutang berada di bawah sasaran kami. Setiap divisyen telah

    mengembalikan lebihan dari kos modalnya,”kata ketua eksekutif Alan Joyce dengan menambahkan bahawa syarikat penerbangan itu mempunyai ‘banyak momentum di belakang mereka.’

    Qantas Domestic, kumpulan tambang murah Jetstar dan program ‘loyalty’ melaporkan keputusan yang baik, sementara cawangan antarabangsanya ‘mempertahankan kedudukannya sendiri dalam pasaran yang menghasilkan beberapa tambang udara yang amat murah.’

    “Keputusan ini memperlihatkan apa yang telah ditunjukkan oleh keputusan rekod kami sebelum ini dan kami mempunyai portfolio perniagaan yang kukuh serta strategi bersepadu yang betul untuk mengendalikannya,” kata Joyce. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda