Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qari negara ke Dubai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei –Seorang qari telah berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu, malam hari ini, bagi mewakili negara dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-23 yang akan diadakan pada 8 hingga 20 Mei ini.

    Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakhbar yang menyertai Kategori 30 Juzuk Al-Quran diiringi oleh Penolong Pegawai Agama di Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Muhammad Mujeib bin Haji Musa selaku pengurus rombongan.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor dan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Hassan Baha bin Haji Umar.

    Ketika ditemu bual, Awang Muhammad Najib yang pertama kali menyertai pertandingan di Dubai, mengongsikan bahawa untuk pertandingan berkenaan, beberapa persediaan telah dibuat seperti latihan secara persendirian selain latihan bersama jurulatih dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    “Seperti yang diketahui, untuk pertandingan yang berprestij ini, setentunya negara yang menyertai akan menghantar peserta yang terbaik dan berharap akan membuat yang terbaik dalam pertandingan ini,” jelasnya.

    Beliau pernah beberapa kali meraih kejayaan dalam bidang hafazan seumpamanya termasuk naib johan dalam 23rd Round The International Competition for The  Memorization and Recitation of The Holy Qur’an di Republik Arab Mesir.

    Qari negara bergambar ramai bersama pengurusnya dan Haji Madzneh sebelum berlepas ke Dubai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda