Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Negara Brunei Darussalam semalam menghantar seorang peserta Qariah Negara, Dayang Salwa binti Haji Ibrahim bagi menyertai Hafazan 30 Juz di Musabaqah Sheikh Fatima bint Mubarak International Holy Quran Competition Award Dubai kali ke-7 bermula 16 September hingga 22 September 2023.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas ialah Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam, Awang Hassan Baha bin Haji Umar; Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusop.
