LONDON, 11 OKT – Neymar membuat pendedahan sensasi dengan menyatakan Piala Dunia 2022 akan menjadi yang terakhir buatnya ketika dia bergelut untuk menangani tekanan bermain dalam bola sepak antarabangsa.
Penyerang Brazil itu menamatkan karier antarabangsanya selepas temasya di Qatar ketika dia hanya berusia 30 tahun.
Neymar membuat penampilan pertama buat Brazil pada 2010 dan sejak itu meledak 69 gol dalam 113 perlawanan untuk negaranya.
Namun bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu berkata dia tidak tahu sama ada dia masih mempunyai ‘kekuatan minda’ untuk meneruskannya. – AFP