Friday, February 28, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar Airways beli 25 peratus pegangan Virgin Australia

    SYDNEY, 27 FEB – Kerajaan Australia membenarkan Qatar Airways membeli 25 peratus pegangan dalam syarikat penerbangan Virgin Australia, kata seorang menteri kanan kerajaan hari ini, sekali gus membawa persaingan asing ke dalam industri penerbangan yang didominasi oleh Qantas.

    Qatar Airways akan membayar jumlah yang tidak didedahkan untuk memperoleh pegangan minoriti dalam Virgin Australia selepas perjanjian itu mendapat kelulusan badan pemantau persaingan Australia.

    “Ia dijangka mengukuhkan persaingan dalam sektor penerbangan,” kata Bendahari Australia, Jim Chalmers, dalam satu kenyataan.

    Syarikat penerbangan itu, bersama pemilik Virgin Australia, Bain Capital, mengumumkan cadangan tersebut pada Oktober tahun lalu.

    Mereka berjanji untuk menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Australia ke Doha, meningkatkan persaingan dalam laluan jarak jauh yang sebelum ini banyak dikuasai oleh Qantas. – AFP

    Sebuah pesawat Airbus A330-202 di landasan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada 23 Disember lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda