Qatar Airways hadapkan tindakan undang-undang ke atas Airbus

LONDON, 21 DIS – Qatar Airways kelmarin berkata ia akan meng-hadapkan prosiding undang-undang terhadap Airbus di Mahkamah Tinggi di London, berikutan pertikaian dengan pembuat pesawat mengenai perubahan permukaan luaran fiuslaj.

Isu itu menyebabkan syarikat penerbangan, salah sebuah syarikat pengangkutan ‘big three’ terbesar di rantau Teluk, untuk mengantungkan beberapa pesawat A350nya dan tidak menerima penghantaran lanjut pesawat dari firma Eropah sehingga masalah tersebut diatasi.

“Kami gagal dalam semua usaha kami untuk mencapai penyelesaian yang membina bersama Airbus berhubung dengan mempercepatkan keadaan permukaan yang diubah sehingga memberikan kesan kepada pesawat A350,” menurut kenyataan Qatar Airways.

Syarikat tersebut menambah ia ‘tiada pilihan lain melainkan mencari penyelesaian segera pertikaian ini melalui mahkamah’.

Airbus enggan memberikan sebarang kenyataan kelmarin.

Pembuat pesawat itu berkata pada awal bulan ini ia bersedia untuk mencari timbang tara bebas untuk menyelesaikan masalah ini. – AFP

Gambar fail bertarikh 15 Januari 2015 menunjukkan sebuah pesawat Airbus A350 milik Qatar Airways di lapangan terbang Frankfurt, Jerman. Qatar Airways akan menghadapkan prosiding undang-undang terhadap Airbus di Mahkamah Tinggi di London. – AP