DOHA, 11 Okt – Qatar Airways telah mengumumkan kerjasama dengan Viejet Air yang berpangkalan di Vietnam untuk membenarkan penumpangnya pergi ke dan dari Vietnam dengan sekali tempahan sahaja di kedua-dua rangkaian syarikat penerbangan, Qatar News Agency QNA) memberitahu semalam.
Perkongsian baru itu akan membolehkan penumpang pergi ke dan dari lapan lokasi baru di Vietnam, tidak secara langsung dari Qatar Airways, untuk menghubungkan melalui pintu masuk sedia ada Qatar Airway di Vietnam, iaitu Ho Chi Minh City dan Hanoi, kata laporan itu.
Perjanjian baru dengan Viejet akan menawarkan pelbagai pilihan kepada penumpang, kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar al Baker kepada wartawan.
Qatar Airways adalah syarikat penerbangan Teluk pertama yang menawarkan perkhidmatan tanpa henti ke bandar terbesar di Vietnam, yang pertama kali memulakan operasi ke Ho Chi Minh City pada 25 Mac 2007.
Kerajaan Qatar telah mengambil langkah khusus untuk meningkatkan kerjasama dengan Vietnam dan membuka cawangan bank negara Qatar di Ho Chi Minh City serta melancarkan laluan Qatar Airways dari Doha ke Ho Chi Minh City. – Xinhua