Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar bakal berdepan tindakan FIFA

    DOHA, 14 Jun – Pasukan kebangsaan Qatar bakal berdepan tindakan FIFA selepas pemain memanaskan badan untuk kelayakan Piala Dunia menentang Korea Selatan semalam dengan baju-T yang menunjukkan sokongan kepada emir negara itu.

    Para pemain yang bersedia bagi perlawanan penting di Doha memakai baju putih yang memaparkan potret profil Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

    Imej tersebut telah digunakan sebagai simbol keingkaran Qatar dalam tindak balas kepada krisis diplomatik di Teluk sekarang yang menyaksikan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain dan yang lain memutuskan hubungan dengan Doha.

    Baju-T itu juga dilambaikan oleh midfield Hasan Al-Haydos selepas dia meletakkan Qatar 1-0 di depan menerusi sepakan percuma pada minit ke-25. Selepas menjaringkan gol, Haydos memecut ke garisan dan memegang baju-T itu di hadapan orang ramai.

    Sokongan dari pasukan bola sepak kebangsaan berlaku ketika negara itu dilanda krisis diplomatik paling buruk sejak beberapa tahun.

    Arab Saudi dan sekutunya mendakwa mereka campur tangan sebagai reaksi kepada sokongan Qatar terhadap ‘keganasan’ dalam satu dakwaan yang dinafikan oleh Doha yang berkata penyisihan diplomatik itu adalah ‘tidak adil’.

    Qatar akan menghoskan Piala Dunia 2022. FIFA melarang sebarang unsur politik yang tidak dipersetujui seperti keagamaan atau mesej komersial pada baju atau jersi pemain.

    Awal minggu ini dalam tindak balas kepada krisis Teluk, presiden FIFA Gianni Infantino berkata badan induk bola sepak ‘tidak campur tangan dalam geopolitik’ dan memberikan sokongan bagi perlawanan 2022 diteruskan di Qatar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda