Friday, October 7, 2022
23.1 C
Brunei

Qatar bakal bina loji ammonia biru terbesar

-

DOHA, 1 SEPT – Qatar mengumumkan semalam ia akan membina loji terbesar di dunia yang menghasilkan ammonia biru – salah satu bahan api baharu yang dianggap sebagai sumber tenaga lebih bersih.

Menteri Tenaga, Saad al-Kaabi berkata loji itu akan menelan kos AS$1.2 bilion dan operasi dijangka bermula pada awal 2026. Qatar Energy, firma milik negara yang memperoleh keuntungan besar daripada gas asli cair, berkata loji itu akan menghasilkan 1.2 juta tan ammonia setahun sekali gus ‘menjadikannya kilang terbesar di dunia.’

“Kami melihat permintaan yang semakin meningkat dalam menggunakan ammonia sebagai bahan api, didorong oleh keperluan untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2) dalam ekosistem tenaga,” kata al-Kaabi, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Energy.

“Pelanggan berpotensi telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan bahan api rendah karbon – termasuk ammonia biru – dan kami telah memberikan reaksi pragmatik,” tambah beliau.

Ammonia telah pun membentuk sebahagian besar daripada industri baja global. CO2 ditangkap dan disimpan sebagai sebahagian daripada penghasilan ammonia biru.

Bahan kimia yang berbau busuk itu dianggap negara pengeluaran gas seperti Qatar sebagai satu alternatif kepada hidrogen. Disebabkan kandungan hidrogen yang tinggi, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan atau membawa bahan kimia tersebut.

Jepun telah pun menimbang menggunakan ammonia sebagai penjana elektrik yang menggunakan bahan api arang batu sebelum ini. – AFP

Menteri Hal Ehwal Tenaga dan Presiden dan CEO Qatar Energy, Saad Sherida al-Kaabi bercakap semasa majlis pemeteraian Projek Ammonia Biru di ibu negara Doha pada 31 Ogos 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Sydney siap sedia hadapi banjir besar

SYDNEY, 6 OKT – Bandar paling ramai penduduk di Australia, Sydney, mencatatkan rekod hujan tahunan selama 70 tahun hari ini selepas satu tahun memperingati...
- Advertisment -