Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar dijangka labur AS$2 bilion dalam Danantara Indonesia

    JAKARTA, 14 APRIL – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata Qatar dijangka melabur AS$2 bilion dalam dana kekayaan berdaulat baharu negaranya ketika beliau berusaha merangsang pertumbuhan ekonomi.

    Prabowo sedang dalam lawatan ke lima buah negara di Timur Tengah merangkumi Emiriah Arab Bersatu, Turkiye, Mesir, Qatar dan Jordan untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan rantau itu.

    Dia berkata kelmarin beliau mempunyai pertemuan produktif dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dan negara itu akan melabur dalam dana Danantara Indonesia.

    Danantara Indonesia dilancarkan pada Februari lalu oleh Presiden Prabowo Subianto yang berjanji untuk meningkatkan pertumbuhan tahunan daripada lima kepada lapan peratus, sementara mengarahkan berbilion dolar dalam pemotongan kerajaan.

    Dana itu akan mengawal pegangan kerajaan dalam syarikat negeri dengan bajet permulaan berjumlah AS$20 bilion.

    Ia merupakan dana kekayaan kedua negara itu, selepas Pihak Berkuasa Pelaburan Indonesia, yang dilancarkan pada 2021 dan memegang aset AS$10.5 bilion.

    Danantara mengumumkan anggota lembaga penuhnya bulan lalu dengan jutawan Amerika, Ray Dalio; dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dilantik sebagai penasihat.

    Jakarta telah merancang lebih daripada 20 projek tenaga bernilai sekitar AS$40 bilion tahun ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia pada Mac, sebahagiannya dibiayai oleh Danantara. – AFP

    Prabowo bercakap semasa acara ekonomi di Jakarta pada 8 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda