Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Qatar, Excelerate Energy meterai perjanjian bekal gas ke Bangladesh

    DOHA, 29 JAN – Qatar telah menandatangani perjanjian dengan Excelerate Energy yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) untuk membekalkan Bangladesh dengan gas asli selama 15 tahun, kata QatarEnergy hari ini.

    Doha akan membekalkan Excelerate dengan satu juta tan gas asli cecair (LNG) setahun untuk dihantar ke unit simpanan terapung di Bangladesh dalam tempoh 15 tahun bermula pada Januari 2026.

    Perjanjian itu susulan beberapa siri pengumuman mengenai tawaran bekalan gas Qatar dengan Sinopec China, Total Perancis, Shell Britain dan Eni Itali, semuanya diumumkan tahun lepas.

    Perjanjian itu, yang berlangsung selama 27 tahun, adalah yang paling lama dipersetujui dalam sejarah industri.

    “Kami berbesar hati menandatangani perjanjian ini dengan Excelerate untuk membekalkan sehingga satu juta tan LNG setahun ke Bangladesh,” kata Menteri Tenaga Qatar, Saad al-Kaabi dalam satu kenyataan.

    “Perjanjian baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Excelerate sementara juga menyokong keperluan tenaga Republik Rakyat Bangladesh dan usahanya ke arah pembangunan ekonomi yang lebih besar,” tambah Kaabi, yang juga Ketua Eksekutif QatarEnergy.

    Negara-negara Asia yang diketuai oleh China, Jepun dan Korea Selatan merupakan pasaran utama gas Qatar, yang semakin dicari oleh negara-negara Eropah sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.

    Qatar adalah salah satu pengeluar LNG terkemuka dunia, di samping AS, Australia dan Rusia. Ia adalah pembekal gas asli terbesar ke Bangladesh. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...