DUBAI, 27 Sept – Hos Piala Dunia 2022, Qatar, perlu segera memperkenalkan undang-undang untuk melindungi nyawa sehingga 800,000 orang pekerja binaan pendatang yang bekerja di bawah suhu panas, kata Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW).
Pertubuhan yang berpangkalan di New York itu juga menggesa negara Teluk itu menyiasat kematian para pekerja dan menjadikan hasil siasatannya didedahkan kepada awam.
“Kegagalan pihak berkuasa Qatar untuk memberikan perlindungan asas dari kepanasan, keputusan untuk tidak mengendahkan saranan untuk menyiasat kematian para pekerja, dan keengganan mereka untuk mengeluarkan data mengenai kematian itu, adalah tindakan tidak mengendahkan tanggungjawab yang diberikan,” menurut laporan dari Nicholas McGeehan.
Dia juga menggesa badan pentadbir dunia bola sepak, FIFA, persatuan kebangsaan dan para penaja Piala Dunia untuk mendapatkan perlindungan tambahan untuk para pekerja Qatar dari kepanasan.
McGeehan menambah: “Mereka juga perlu menjawab dua soalan mudah, berapa ramai pekerja telah meninggal dunia sejak 2012 dan bagaimana mereka mati?”
Qatar telah memperkenalkan undang-undang di mana para pekerja perlu berhenti melakukan kerja di luar antara jam 11:30 pagi dan 3 petang tahunan, dari bulan 15 Jun hingga 31 ogos, apabila suhu mencapai sekitar 50 darjah Celsius.
Tetapi HRW berkata langkah-langkah itu tidak pergi jauh. – AFP