Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Qatar ganti China jadi hos Piala Asia 2023

    KUALA LUMPUR, 17 OKT – Tuan rumah Piala Dunia, Qatar akan menganjurkan Piala Asia 2023, kata Konfederasi Bolasepak Asia, kelmarin, selepas China menarik diri pada awal tahun ini disebabkan oleh Covid.

    China pada Jun 2019 menang bidaan untuk menganjurkan acara tersebut, namun menarik diri pada Mei disebabkan oleh polisi “sifar-Covid”, menyebabkan AFC kucar-kacir mencari tuan rumah baharu.

    Pertandingan itu dijangka akan diadakan di 10 bandar-bandar di China daripada 16 Jun hingga 16 Julai tahun depan.

    Korea Selatan dan Indonesia juga merupakan dua negara lain yang juga berharap untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh China, namun Qatar yang terpilih.

    “Jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini telah mengesahkan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) sebagai tuan rumah untuk Piala Asia AFC 2023,” kata jawatankuasa yang berpangkalan di Malaysia itu dalam satu kenyataan.

    Tiada tarikh yang dinyatakan oleh AFC untuk Piala Asia tersebut. Dalam masa sama, Jawatankuasa Eksekutif AFC turut menyenaraikan India dan Arab Saudi sebagai dua pembida terakhir bagi Piala Asia 2027.Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, Qatar bersedia untuk menganjurkan acara tersebut walaupun mempunyai masa yang singkat untuk bersiap sedia. Qatar juga akan menganjurkan Piala Dunia mulai bulan depan.

    “Kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya disegani di dunia ini, katanya.

    “Saya juga ingin memuji AFC atas profesionalisme dalam mengendalikan proses bidaan yang adil dan telus selain terima kasih kepada rakan kongsi komersial serta penaja atas kesabaran ketika detik sukar ini,” tambahnya. – AFP

    Presiden afc, Sheikh Salman bin Ebrahim al Khalifa (kiri) dan Presiden QFA, Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al-Thani bergambar semasa majlis pengumuman Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...