Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar haram makanan serangga

    DOHA, 3 FEB – Qatar telah mengesahkan pengharaman makanan serangga dalam tindakan yang diambil selepas Kesatuan Eropah (EU) menambah produk baharu kepada senarai makanan yang dibenarkan.

    Produk serangga tidak memenuhi ‘syarat-syarat peraturan teknikal makanan halal,’ menurut Kementerian Kesihatan Qatar dalam satu kenyataan semalam.

    Peraturan Majlis Kerjasama Teluk ‘dan pihak berkuasa agama’ mengharam ‘pemakanan serangga, atau protein dan suplemen yang dikeluarkan daripada serangga,’ tambahnya.

    Pengumuman menyusuli ‘keputusan beberapa negara yang meluluskan penggunaan serangga dalam penghasilan makanan,’ kata Qatar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda