Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza

    DOHA, 4 FEB – Qatar kelmarin melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.

    “Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan. Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis,” kenyataan itu memetik Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa, Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad sebagai berkata.

    Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga menandatangani perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.

    “Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza,” kata menteri Qatar itu. – Bernama

    Trak bantuan kemanusiaan masuk melalui lintasan Kerem Shalom dari Mesir ke Semenanjung Gaza, di Rafah pada 22 Januari 2025. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda