Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar nafi larang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat

    DOHA, 21 Ogos – Qatar menafikan tuduhan kononnya negara itu melarang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita Qatar (QNA).

    Menurut Arab Saudi Airlines semalam, pihak berkuasa Qatar enggan memberikan kebenaran kepada penerbangan haji Arab Saudi mendarat bagi membawa jemaah Qatar ke Mekah.

    Sumber rasmi Penerbangan Awam Qatar hari ini berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak berasas sama sekali.

    Penerbangan Awam itu memaklumkan menerima permohonan daripada syarikat penerbangan berkenaan dan permohonan dirujuk ke Kementerian Hal Ehwal Islam selaras dengan amalan sebelum ini. Kira-kira dua juta umat Islam dari seluruh dunia dijangka berada di Mekah untuk musim haji tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda