ANKARA, 21 SEPT – Qatar semalam menyatakan sokongannya ke atas Palestin dan berpendapat konflik yang berpanjangan dengan Israel perlu diselesaikan dengan mengatasi puncanya, lapor agensi Anadolu. “Negara Qatar menegaskan kedudukannya terhadap isu Palestin, iaitu mengakhiri pendudukan Israel dan menubuhkan Negara Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara dalam kerangka legitimasi antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan yang