Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Qatar sumbang 10,000 kabin untuk mangsa gempa

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 14 FEB – Qatar merancang menghantar 10,000 kabin dan karavan daripada Piala Dunia tahun lalu sebagai tempat berteduh kepada mangsa gempa bumi Turkiye, kata pegawai.

    Negara Teluk itu berkata ia sentiasa merancang untuk menyumbang rumah mudah alih. Ia diperlukan untuk membantu menempatkan kira-kira 1.4 juta peminat yang tiba di negara itu semasa kejohanan terbesar bola sepak tahun lalu.

    Kumpulan pertama terdiri daripada 350 struktur telah dihantar semalam, kata Dana Pembangunan Qatar.

    Gempa bermagnitud 7.8 dan 7.5 yang melanda selang sembilan jam pada 6 Februari membunuh lebih daripada 35,000 orang di tenggara Turkiye dan Syria. Angka itu dijangka meningkat ketika misi mencari diteruskan.

    Puluhan ribu bangunan musnah atau rosak teruk, meninggalkan berjuta-juta penduduk tanpa tempat tinggal. Ramai terpaksa tidur di luar dalam cuaca basah dan sejuk.

    Qatar dan negara Teluk lain telah menyertai usaha global untuk menghantar bantuan ke rantau terjejas itu. UAE telah menjanjikan AS$100 juta sementara Arab Saudi telah menghantar lapan kapal terbang berisi bantuan bekalan ke Turkiye dan Syria. – AP

    Kabin mendereti kampung Piala Dunia di Doha, Qatar pada 10 November 2022. Qatar merancang menghantar 10,000 kabin dan karavan Piala Dunia kepada mangsa gempa di Turkiye. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...