Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar, UAE dijangka buka semula kedutaan

    DOHA, 18 APRIL – Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)berusaha untuk membuka semula kedutaan mereka yang telah lama ditutup ‘dalam beberapa minggu akan datang’, kata seorang pegawai hari ini, ketika gelombang perdamaian melanda wilayah Timur Tengah yang bergolak itu.

    Kedua-dua negara menjalin semula hubungan pada Januari 2021, selepas UAE mengambil bahagian dalam sekatan Teluk Qatar hampir empat tahun, namun meskipun beberapa rundingan, mereka masih belum memulihkan misi diplomatik.

    “Mengenai pembukaan kedutaan antara kedua-dua negara, saya fikir ia akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang,” kata jurucakap Kementerian Luar, Majid Al-Ansari pada satu sidang.

    “Jawatankuasa teknikal kini melakukan kerja mereka dalam konteks itu, dan dijangka akan mengadakan lawatan pertukaran untuk mempertimbangkan prosedur yang kami perlukan untuk membuka semula kedutaan.”

    Seorang pegawai UAE mengesahkan bahawa pembukaan semula kedutaan sedang dalam proses.

    “Pada masa ini, pemulihan hubungan diplomatik, termasuk pembukaan semula kedutaan, sedang dalam proses antara kedua-dua negara,” kata pegawai itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda