Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qatar usaha sambung semula gencatan senjata di Gaza

    DOHA, 4 DIS – Qatar kelmarin berkata pihaknya akan meneruskan usaha bersama negara-negara lain untuk menyambung semula gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan matlamat mencapai gencatan senjata berkekalan.

    “Qatar berusaha gigih dalam proses rundingan untuk menghentikan perang balas dendam ini,” kata Perdana Menteri yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani dalam ucapan pada mesyuarat ke-158 Majlis Persediaan Peringkat Menteri bagi sesi ke-44 Majlis Tertinggi Kerjasama Teluk (GCC) yang berlangsung di Doha, menurut Kementerian Luar Qatar.

    Al-Thani mengulangi ‘kecaman Qatar terhadap jenayah yang dilakukan pendudukan Israel dan gesaannya supaya siasatan antarabangsa dijalankan segera secara komprehensif dan tidak berat sebelah terhadap jenayah itu terutama serangan yang menyasarkan orang awam, bantuan dan kemudahan kemanusiaan,’ lapor agensi Anadolu yang memetik kementerian itu.

    Beliau berkata “mesyuarat bersidang dan sejak beberapa hari lepas anggota majlis menyaksikan dengan rasa kesal terhadap pencerobohan biadab dan jenayah kejam yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap saudara Palestin di Semenanjung Gaza.” – Bernama

    Kepulan asap kelihatan berikutan serangan Israel di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda