Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    QatarEnergy meterai perjanjian bekalan gas untuk China

    DOHA, 2 DIS – Qatar telah bersetuju untuk membekalkan tiga juta tan gas setahun kepada China dalam perjanjian dengan gergasi tenaga, Shell, yang beribu pejabat di London, kata syarikat tenaga negara emiriah itu, hari ini.

    “Penghantaran gas cecair asli akan bermula bulan depan sebagai sebahagian daripada perjanjian jual beli jangka panjang baharu,” kata QatarEnergy dalam satu kenyataan tanpa menyatakan tempoh perjanjian itu.

    “Kami berbesar hati untuk memeterai perjanjian jual beli gas cecair asli (LNG SPA) jangka panjang baharu ini dengan rakan kongsi kami yang dipercayai, Shell,” kata Menteri Tenaga Qatar, Saad al-Kaabi, selaku Ketua Eksekutif QatarEnergy.

    “Perjanjian ini membantu memenuhi keperluan pelanggan akhir Shell di China dan meningkatkan sumbangan kami untuk memenuhi keperluan pengguna akhir LNG di seluruh dunia,” tambahnya.

    Qatar adalah salah sebuah negara pengeluar gas terkemuka dunia bersama Amerika Syarikat, Australia dan Rusia.

    Negara-negara Asia yang diketuai oleh China, Jepun dan Korea Selatan telah menjadi pasaran utama bagi gas Qatar, tetapi permintaan juga meningkat dari negara-negara Eropah sejak perang Rusia ke atas Ukraine menimbulkan keraguan bekalan.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Qatar telah menandatangani perjanjian LNG jangka panjang lain antaranya dengan Total Perancis, Shell, Petronet India dan Eni Itali, kebanyakannya selama 27 tahun dalam tempoh, rekod industri apabila perjanjian pertama dibuat pada 2022 dengan Sinopec China. – AFP

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda