Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Sempena 22 tahun penubuhan syarikat Qasya Diagnostic Service (QCare), satu kempen derma darah telah dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), untuk menyokong Tabung Darah Negara Brunei Darussalam di Bangunan Gadong Properties pagi tadi.
Kempen yang berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 3 petang berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah secara berkala dan ianya dapat menyelamatkan nyawa serta membantu pesakit yang memerlukan.
Sebagai tanda penghargaan, snek ringan dan baucar Pemeriksaan Darahakan diberikan untuk 20 penderma yang berjaya mendermakan darah mereka, pemberian baucar berkenaan bertujuan memastikan para penderma dapat memantau kesihatan mereka dan mengesan penyakit lebih awal.
QCare bersama Tabung Darah Hospital RIPAS mengajak pelanggan, kakitangan dan orang ramai untuk turut serta dalam usaha murni ini.
Dengan menderma darah, bantuan dapat diberikan untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi di hospital dan pusat perubatan bagi keperluan kecemasan dan rawatan perubatan.
Semua di atas: Suasana semasa kempen derma darah berkenaan.