Wednesday, October 30, 2024
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qi Razali mahu kahwin wanita biasa

    Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon dan pengacara Qi Razali memberitahu dia mahu mencari seseorang yang bukan dalam industri seni untuk dijadikan isteri.

    Memandangkan usia semakin meningkat, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 45, berkata dia kini lebih terbuka dalam memilih pasangan hidup.

    “Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai.

    “Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini.

    “Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang,” katanya kepada mStar.

    Qi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Multimedia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

    Dalam pada itu, Qi juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mengutamakan rupa paras sebelum dijadikan teman wanita.

    Ujar Qi, dia mahukan kekasih yang memahami selain mengakui bahawa pernah bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan dirinya suatu ketika dahulu.

    Mengulas lanjut mengenai pasangan hidup, Qi memberitahu arwah bapanya terkilan apabila dia satu-satunya anak yang masih belum mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Qi bukan pilih wanita cantik sahaja sebagai pasangan hidup. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda