Tuesday, April 1, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qiamullail hidupkan penghujung Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Qiamullail Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Antara yang hadir pada majlis itu ialah menteri-menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri bersama para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan dari kementerian-kementerian, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta belia daie, belia-beliawanis masjid, Muslimah masjid, ahli jawatankuasa takmir masjid dan orang awam.

    Ibadah Qiamullail merupakan amalan sunat yang amat digalakkan dalam Islam lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

    Ia adalah salah satu inisiatif kementerian untuk menghimpunkan warga perkhidmatan awam dan pada masa yang sama mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengimarahkan masjid-masjid di negara ini.

    Majlis itu turut diisikan dengan Sembahyang Sunat Tasbih secara berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame ‘Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

    Ia kemudian disusuli dengan bacaan wirid, doa sembahyang Sunat Tasbih, Doa Munajat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Pegawai Hal
    Ehwal Masjid Tingkat Khas, Haji Haris bin Haji Suboh.

    Qiamullail Ramadan juga diadakan di masjid-masjid tumpuan di tiga daerah lain iaitu di Daerah Belait diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, manakala di Daerah Tutong, masjid tumpuan ialah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan bagi Daerah Temburong, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    Antara menteri kabinet yang hadir pada Majlis Qiamullail Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Bagi menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Qiamullail Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda