Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qiamullail Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 16 April

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Bagi meraih ganjaran pahala pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan menganjurkan Qiamullail Ramadan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada awal pagi 16 April depan, mulai 2:30 pagi.

    Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk menyertai acara berkenaan.

    Antara pengisian utama ialah sembahyang sunat Tasbih berjemaah, bacaan wirid dan Doa Sembahyang Sunat Tas-bih serta Doa Munajat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan
    Negara Brunei Darussalam.

    Buku Panduan Melaksanakan Qiamullail akan diberikan secara percuma kepada jemaah yang hadir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda