Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

QNB mula operasi di India

DOHA, Qatar, 24 Julai – Kumpulan QNB, institusi kewangan terbesar di Timur Tengah dan Afrika, baru-baru ini memulakan operasi di bandar raya Mumbai, pusat ekonomi bagi Republik India.

Permulaan operasi bagi Kumpulan itu di Republik India menyokong visi mereka untuk menjadi sebuah bank yang terkemuka di Timur Tengah, Afrika, dan Asia Tenggara menjelang tahun 2020, selain mewujudkan sebuah tapak di dalam pasaran-pasaran yang sangat kompetitif.

Melalui cawangan baharu mereka di India, Kumpulan itu menawarkan sebuah spektrum lengkap berhubung produk dan perkhidmatan perbankan. Kumpulan itu juga menawarkan pengalaman mereka yang kaya di dalam pengurusan kekayaan, portfolio pelaburan, pembiayaan projek, dan penyediaan untuk penyelesaian perbankan pintar serta pelbagai produk dan perkhidmatan yang berinovatif yang direka bagi memenuhi kehendak pasaran India.

Ekonomi India adalah yang ketujuh terbesar di dunia dengan KDNK tahunan sebanyak USD2.3 trilion pada tahun 2016. Ia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua paling ramai di dunia dan ekonomi utama yang paling pesat berkembang. Ia telah meningkatkan hubungan perdagangan dan penduduk dengan Qatar dan rantau Timur Tengah secara lebih luas. Khususnya, India adalah pengimport gas asli cecair ketiga terbesar dari Qatar.

Wajar dinyatakan di sini bahawa QNB baru-baru ini mengungguli majalah The Banker dan menduduki ranking Bank Terbaik di Timur Tengah dan Afrika dengan modal Peringkat 1, serta menduduki ranking ke-82 di kalangan 1000 Bank Utama Dunia.

Jumlah aset Kumpulan QNB mencapai USD211 bilion setakat 30 Jun 2017, yang tertinggi pernah dicapai oleh Kumpulan itu, dan keuntungan bersih bagi enam bulan yang berakhir 30 Jun 2017 mencapai USD1.8 bilion.

Kehadiran Kumpulan QNB menerusi anak-anak syarikat mereka dan syarikat-syarikat bersekutu diperluaskan ke lebih 31 buah negara merentasi tiga benua yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyeluruh dan canggih. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -