Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Qodrat 2 mula ditayang di Malaysia

    Selepas mencipta fenomena di pawagam Indonesia dengan dua juta penonton hingga kini, filem seram Qodrat 2 akan menemui peminat di seluruh Malaysia menerusi kerjasama dengan Astro Shaw, bermula hari ini.

    Filem arahan Charles Gozali itu merekodkan keseluruhan 72,377 orang penonton pada hari pertama tayangan 31 Mac lalu, menerusi lebih 400 pawagam di republik tersebut.

    Penerbit Eksekutif Qodrat 2 Raja Jastina Raja Arshad dalam satu kenyataan hari ini, berkata naskhah itu membawa aras baharu dalam penghasilan filem seram, dengan penceritaan yang dipersembahkan tidak bergantung semata-mata pada elemen seram dan kejutan.

    “Filem itu diseimbangkan dengan adegan aksi ala superhero, emosi dan unsur agama, seterusnya memberi ruang kepada watak dan tema filem diketengahkan. Formula ini telah diterima baik penggemar filem di Indonesia dan dibuktikan dengan pencapaian jumlah box office di sana,” katanya.

    Ketua Astro Shaw itu berharap reaksi positif tersebut turut memberi keterujaan kepada penonton di Malaysia.

    Penerbitnya Linda Gozali Arya berkata Qodrat 2 bukan hanya lanjutan daripada filem seram yang mempunyai unsur agama paling berjaya di Indonesia, tetapi juga memberi penonton sebuah pengalaman spiritual dan sinematik yang lebih dalam dan besar.

    “Kami rasa bangga dapat mempersembahkan karya ini kepada penonton Malaysia, yang kami percaya mempunyai budaya dan semangat yang sama. Kami harap penonton di Malaysia dapat merasakan kekuatan cerita dan energi luar biasa daripada filem ini,” katanya. – Bernama

    Turut membintangi filem Qodrat 2 ialah Acha Septriasa, yang sudah lama mengharap skrip filem keagamaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda