Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    QS: Kedudukan UBD terus naik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah meneruskan trajektori pertumbuhannya yang luar biasa dalam Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) terbaharu apabila naik 44 tangga kepada kedudukan ke-254 dunia.

    Pencapaian berkenaan dicatat selepas memasuki Ranking Times Higher Education (THE) Asia 2020 buat pertama kali di tangga ke-60, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UBD, kelmarin, sejak pertama kali memasuki Rangking Universiti Dunia QS di tangga 349 pada 2017, kedudukan UBD telah terus meningkat kepada 323 pada 2018, 298 pada tahun lalu dan kini di tempat ke-254 di dunia.

    Dengan anggaran 26,000 buah universiti di seluruh du-nia, UBD kini menjadi antara 1 peratus universiti teratas di dunia.

    Kenyataan menjelaskan, UBD terutamanya mencatatkan keputusan baik dalam penunjuk-penunjuk seperti Fakulti Antarabangsa (di tangga ke-46 di dunia), Nisbah Fakulti-Pelajar (di tangga ke-65) dan Pelajar-pelajar Antarabangsa (ke-218). UBD juga mencatatkan penambahbaikan dalam penunjuk Reputasi Akademik dan Kepuasan Majikan.

    Data daripada QS menunjukkan bahawa UBD telah membuat kemajuan dari segi penyelidikan akademik dan gunaan. Bidang-bidang utama penyelidikan, tambah kenyataan, termasuk mengenai yang mempunyai kepentingan strategik bagi Brunei seperti biodiversiti dan alam sekitar, tenaga, penyelidikan Asia, penyelidikan dan kepimpinan Islam, analitis data, penyelidikan herba dan perubatan dan tambahan terkini adalah penyelidikan pendidikan antarabangsa.

    Penyelidikan gunaan di UBD menekankan ke atas inovasi dengan potensi komersial. Kenyataan menyatakan, usaha-usaha pengkomersilan universiti berkenaan termasuk perkongsian bersama syarikat-syarikat swasta.

    Smart Coating Technologies (B) Sdn Bhd adalah contoh syarikat sampingan daripada teknologi penyalutan industri yang dibangunkan di UBD. Penyelidikan dan pembangunan telah dijalankan dengan kerjasama Pixela Corporation yang berpangkalan di Jepun.

    Hasil daripada pemfokusan terhadap penyelidikan asas dan gunaan, penerbitan dan impak UBD telah jauh meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

    Kedudukan UBD terus naik 44 tangga ke kedudukan 254 dunia dalam Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS). – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda