Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Quartararo berjaya takluki MotoGP Jerman

    SACHSENRING, 19 JUN – Juara bertahan dunia, Fabio Quartararo terus mendahului dalam kedudukan keseluruhan selepas persembahan hebat meskipun kurang sihat untuk memenangi MotoGP Jerman, hari ini.

    Penunggang Yamaha itu mendominasi litar Sachsenring dengan rakan sepasukannya dari Perancis, Johann Zarco menamatkan perlumbaan di tangga kedua dan Jack Miller dari Australia berada di kedudukan ketiga.

    Quartataro merampas kedudukan hadapan daripada Francesco Bagnaia di selekoh pertama, dan sejak itu tidak pernah melepaskan kedudukan berada di hadapan, namun kemudian dia mendedahkan bahawa dia merasa kurang sihat sepanjang hujung minggu.

    “Saya merasa letih, saya kurang sihat sepanjang hujung minggu dan sering batuk-batuk semasa perlumbaan, tetapi saya sangat gembira,” kata Quartararto.

    Ia adalah kemenangan ketiganya pada musim ini dan dia berjaya merangkul kemenangan berturut-turut selepas meraih kemenangan di MotoGP Catalan pada awal Jun.

    Penunggang Perancis itu melanjutkan kedudukannya di tangga teratas secara keseluruhan kepada 34 mata di hadapan penunggang Sepanyol, Aleix Espargaro ketika penunggang Yamaha itu merangkul kemenangan MotoGP ke-11 dalam kariernya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...