Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Quartararo dedikasikan ‘pusingan terbaik’ untuk Dupasquier

    MUGELLO, 30 MEI – Fabio Quartararo meraih petak hadapan empat kali berturut-turut selepas mendominasi kelayakan MotoGP Itali dengan menggelarnya sebagai ‘pusingan terbaik’ dalam kariernya di Mugello kelmarin dan ia mendedikasikannya kepada mangsa kemalangan Moto3, Jason Dupasquier.

    Dupasquier, 19, terjatuh dan dilanggar oleh penunggang lain, sebelum menggelongsor di atas litar semasa kelayakan Moto3.

    Lebih setengah jam selepas insiden itu, dia masih berada di luar litar dan dirawat oleh pegawai perubatan.

    Remaja tersebut kemudian dibawa menggunakan helikopter ke hospital di Florence.

    “Dia dipindahkan ke hospital,” kata pegawai perubatan sukan, Giancarlo di Filippo.

    Dia menambah, “Kami akan menunggu perkembangan terkini dari pihak hospital.”

    Penunggang Jepun, Ayumu Sasaki dan penunggang Sepanyol, Jeremy Alcona turut terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan latihan keempat MotoGP tertunda dan penganjur melaporkan kedua-dua mereka ‘dalam keadaan baik’. – AFP

    Aksi Fabio Quartararo semasa sesi latihan di Mugello.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda