Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Quartararo harap lebih banyak kemenangan

    PARIS, 29 OKT – Fabio Quartararo berkata dia masih belum mempercayai bahawa dia adalah juara baharu MotoGP sehingga melihat sendiri namanya berada di trofi pada gala tamat musim.

    Penunggang Perancis berusia 22 tahun meraih kejuaraan 2021 Ahad lalu apabila pencabar terdekatnya, Francesco Bagnaia tersingkir dari Grand Prix Emilia-Romagna.

    Ini sekali gus memastikan penunggang Yamaha itu mendahului kedudukan di kejuaraan tanpa dicabar dengan berbaki dua perlumbaan.

    Fabio Quartararo menandakan pencapaian untuk menjadi penunggang Perancis pertama menjuarai MotoGP dengan kedudukan selesa.

    “Saya tidak tahu sehinggalah saya menyedarinya. Saya rasa ketika di gala apabila mereka ingin meletakkan nama saya pada trofi. Ia adalah perkara luar biasa!”

    “Seorang rakan baik menghantar video gala 2019 dan memberitahu saya ‘Tengok betul-betul, satu hari nanti nama Fabio Quartararo akan ada pada trofi tersebut’.

    “Jadi saya rasakan hanya pada ketika itu, apabila saya melihat nama saya di sisi ‘juara dunia’, kemudian saat itu saya merasa sangat emosi.”

    Dia menambah, “Ia adalah yang pertama namun saya berharap lebih banyak akan dimenangi!”

    Quartararo ingin menamatkan musim ini dengan gemilang di mana masih terdapat beberapa perlumbaan di Portugal pada 7 November dan Valencia seminggu kemudian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda