Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Quartararo rampas petak pertama Jerez

    KUALA LUMPUR, 5 Mei – ‘Rookie’ Perancis Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT MotoGP mencipta sejarah apabila muncul sebagai ‘pole-sitter’ termuda menerusi paparan dominan pada kelayakan akhir Grand Prix Sepanyol pada Sabtu.

    Menurut kenyataan Petronas Yamaha SRT hari ini , pada usia 20 tahun dan 14 hari, Quartararo memecahkan rekod yang dipegang oleh juara dunia lima kali Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda yang berusia 20 tahun dan 62 hari ketika menduduki tempat utama grid (pole) pada GP Americas dalam tahun 2013.

    Quartararo mencatatkan rekod litar satu minit 36.880 saat (s) bagi menduduki tempat itu di litar Jerez-Angel Nieto. Rakan sepasukan, Franco Morbidelli dari Itali menduduki tempat kedua dengan 1:36.962s dan ini menyaksikan kedua mereka yang pertama mendahului 1-2 bagi pasukan bebas sejak GP Valencia dalam 2005.

    Sementara itu Marquez yang merupakan juara bertahan selesai di tiga tempat teratas selepas mencatatkan 1:36.970s manakala juara kejohanan, Andrea Dovizioso dari Mission Winnow Ducati di tempat keempat dengan masa 1:37.018s. – Bernama

    Fabio Quartararo (kanan) meraikan kejayaan meraih petak pertama untuk MotoGP Sepanyol di Jerez, esok. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda